Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap dan Menjunjung Duli

Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap dan Menjunjung Duli merupakan istiadat di Negeri Sembilan. Istiadat ini diadakan setiap 3 tahun dan di atas perkenan Kebawah Duli Tuanku. Istiadat ini bermula dengan Istiadat Menurunkan dan Memasang Alat Kebesaran. Selepas Istiadat Menurunkan dan Memasang Alat Kebesaran dizahirkan, ia akan diteruskan dengan Istiadat Bersiram. Pada hari ketiga itu berlangsungnya Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli serta Istiadat Menurunkan dan Menyimpan Alat Kebesaran.